3.10.2013

OneShot - Love You Until My Last Breath



Author - Tieyha Melodies
Staring - Amal Rayyan dan Aulia Amalina
Song - Coma - B.A.P

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Tahniah aku ucapkan kepada kau Amal " ucap Rizqi kepada Amal Rayyan.Baru sebentar tadi Amal Rayyan dan Aulia Amalina diijab kabulkan.Amal Rayyan dan Aulia Amalina telah berkawan sejak bangku sekolah menengah hingga ke kolej.Cinta sejati yang bertahun-tahun berpupuk tidak pernah nak halang pelajaran mereka ketika di kolej mahupun di sekolah.

" Thanks ya " Amal membalasnya dengan segera dan memberi sebaris senyuman yang membolehkan Aulia Amali terpegun.Amal Rayyan anak kedua Dato Amiruddin dan Datin Sharifah Aina.Ibu Bapa Amal amat sedih selepas kehilangan Amir Aryyan iatu anak sulung mereka . Amir Aryyan pergi dengan tenang dan Dato Amiruddin dan Datin Sharifah Aina meredhai pemergiannya dan mereka berharap Amal Rayyan akan hidup selama-selamanya hinggalah ajal yang menjemputnya.

" hey , pengantin buat apa dekat sini ? cameraman dah panggil nak bergambar tu " tegur Datin Delia.Datin Delia ibu kepada Aulia Amalina dan bapanya pula Dato Zulkarnain Amar.Aulia Amalina anak ketiga daripada tiga beradik kiranya dia anak bongsu lah.Tetapi perangai dia tak ada lah manja macam orang lain.Aulia Amalina nie seorang yang matang , tinggi dan seorang yang pantas.Memang kira untung lah Amal Rayyan dapat berjumpa dengan Aulia Amalina nie.

" eh mama ingatkan siapalah tadi , Aulia dah tunggu dekat dalam ke ? " tanya Amal dengan senyuman tak lengkang dimulut.

" ha`a.. Aulia dah tunggu.. tu ajak la kawan kamu ambik gambar sekali , kenangan la katakan. betul tak Puan Sharifah ? " tanya Delia Delia kepada Datin Sharifah

" ya betul tu Amal , ajak lah Riqzi sekali." Datin Sharifah mengiyakan pertanyaan Datin Delia sebentar tadi.

" betul jugak tu , Rizqi ! jom ambik gambar sekali " ajak Amal 

" eh tak apalah.. kau ambik je lah gambar dengan isteri kau.." Rizqi menolak dengan baik

  Tak perlu diajak lagi Amal sudah pun menarik Rizqi ke dalam rumah. Datin Delia dan Datin Sharifah hanya mengeleng kepala dengan perangai Amal yang tak pernah nak berubah itu.

  Setelah selesai bergambar , tetamu dan sanak saudara telah pun pulang hanya tinggal Dato Amiruddin , Datin Sharifah , Dato Zulkarnain Amar , Datin Delia , Aulia dan Amal yang mana penat melayan tetamu merebahkan diri diatas sofa. Tiba-tiba Dato Zulkarnain menanyakan soalan kepada Amal dan Aulia.

" korang nak honeymoon dekat mana ? " tanya Dato Zulkarnain.

" kitaorang ingat nak pergi Hokkaido , Jepun.. sekarangkan musim bunga so kitaorang ingat nak jalan-jalan sambil menikmati keindahan ciptaan Allah S.W.T dekat sana pulak. " Amal menjawab dengan penuh yakin.

" hurmm , bagus lah , Aulia pergi la naik atas mandi lepas tu solat.." disebabkan Dain Delia melihat anak kesayangannya agak keletihan

“ baik ma “ jawab Aulia sambil senyum dan meminta diri untuk ke atas

“ lepas solat berehat cukup-cukup tau “ Datin Delia memperingatkan Aulia agar berehat cukup-cukup.

“ kamu pun pergi la naik atas , Amal. “ kali ini Haikal pula mengeluarkan suara.Haikal ialah salah seorang abang kepada Aulia. Haikal sudah lama berumah tangga dan sekarang Haikal sedang menunggu cahaya mata yang kedua.Abang Aulia yang lagi seorang nama dia Haziq Ifni juga sudah pun berumah tangga dan sudah pun ada 3 orang cahaya mata.

“ okey , Amal naik dulu ya semua “ bergitu juga dengan Amal tidak pernah senyuman terjatuh dari bibir.

Yang lain hanya menangguk sahaja.

 “ Dato Amiruddin dan Datin Sharifah jom saya tunjukkan bilik , dekat situ kalian boleh lah rehat , mandi  dan solat.. lepas tu malam nanti kita makan sama-sama. “ jemput Datin Delia

“ Delia , anak kita kan dah jadi suami isteri lepas itu pulak kita nie kan dah jadi besan , jadi panggil saya Aina pun dah cukup " Datin Sharifah mula rasa tak senang hati apabila Datin Delia memanggil secara formal.

" eh , baik lah Datin " Datin Delia terasa kekok untuk memanggil Datin Sharifah , Aina..

" Delia " panjang Datin Sharifah memanggil Datin Delia

" ya ? eh sorry Datin. eh maaf ya Aina..saya tak biasa " Datin Delia menunduk malu. Yang lain hanya tersenyum melihat karenah mereka berdua.

 Apabila siang diganti oleh malam mereka semua solat berjemaah dan mendoakan agar perkahwinan Aulia Amalina dan Amal Rayyan berkekalan hingga akhir hayat.

------------------

Seminggu kemudian

 Amal dan Aulia akan pulang ke tanah air selepas beberapa hari berada di Yokohama , Jepun. Mereka berasa tidak sabar ingin membawa pulang cenderahati kepada keluarga mereka.

" abang , nanti kalau dah sampai gerak Aulia ya " pinta Aulia. Aulia memang tidak tahan dengan kenderaan terapung macam flight nie , nanti adalah benda lain yang keluar.

" baiklah , nanti kalau dah sampai abang gerak sayang " balas Amal sambil membelek buku yang baharu dibelinya di Airport tadi.

  Aulia hanya tersenyum mendengar kata-kata Amal.

Beberapa Jam kemudian.

" Aulia , bangun cepat.. Cik Pramugari tu cakap yang kita dah nak sampai Airport " seperti yang dijanjikan , Amal gerak kan Aulia daripada tidur.

" huh ? okey.. " balas Aulis dalam keadaan mamai.

" pergi la toilet , basuh muka itu.. dah macam hantu dah abang tengok " usik Amal

" abang nie " secara tak langsung pengepit ketam melekat di lengan Amal.

" aduhh , sakit lah sayang " Amal mengaduh kesakitan akibat dicubit oleh Aulia. Aulia kalau bab cubit mencubit nie memang dia cepat. Sampai naik lebam badan aku nie . haha

" what ever " balas Aulia lalu mempercepatkan jalannya

########


   Keluaga mereka sudah pun menunggu kepulangan mereka di KLIA.Mereka berasa tidak sabar untuk berjumpa mereka.Rindu nie tak payah nak cakap la kan. Tahap gaban rindunya. Tetapi hanya ibu bapa mereka yang menjemput mereka di KLIA , Yang lain hanya menunggu di rumah dan menyiapkan makan malam.

  Setelah itu sampai sahaja mereka di rumah , mereka di jemput oleh Opah dan Atuk Aulia yang tinggal di Perak. Malam itu memang riuh rendah dengan gelak tawa masing-masing. Aulia dan Amal hanya tersenyum melihat karenah keluarga mereka. Haikal dan Haziq hanya tahu mengusik Opah mereka yang kuat melatah itu.Sudah dilarang tetapi makin galak pulak usikan mereka.

" eh ! Aulia dengan Amal pergi la naik atas berehat.Sudah sehari suntuk berada atas flight tu " tetiba Opah berhenti melatah dan menyuruh Aulia dan Amal berehat.

" ah , tak apa..kitaorang okey je Opah " kata Amal pula

 Tetiba Haziq mengetuk meja lalu Opah terkejut dan melatah.Melatahnya keluar macam nie..

" oh  atuk kau khawin lagi satu , eh lagi satu " satu rumah keras perut akibat latahan Opah.

" eh , awak nie bila pulak saya khawin lagi satu hah ? " Atuk mula menyuara selepas beberapa minit berdiam diri.

" eh awak nie dah benda itu yang nak keluar  , nak buat macam mana " Opah membela dirinya lalu menampar bahu Haziq sekuat hatinya.

  Tepat jam 12 malam masa untuk semua orang tidur. Aulia dan Amal dan naik awal sebab mereka cakap letih benar dah.Riuh rendah tadi hilang bergitu sahaja tetapi tidak akan dilupa sampai bila-bila.

########

Sebulan kemudian

Amal dan Aulia sudah pun menetap di rumah mereka sediri dan Amal pun dan seminggu memulakan kerjanya yang banyak tertangguh itu.Pagi itu Ketika Amal bersiap hendak pergi ke pejabat , Amal mendapatkan tangan Aulia yang sibuk memakai tali leher kepadanya lalu mengatakan sesuatu.

" sayang , abang sayangkan Aulia " ucap Amal sambil memeluk pinggang Aulia

" abang , Aulia tahu yang Abang sayangkan Aulia.. tak payah bagitahu pun Aulia dah tahu " balas Aulia sambil tersenyum.Aulia terasa Amal berbeza hari nie berbanding dengan hari lain.

" I Love You Until My Last Breath " ucap Amal lagi.

Aulia melepaskan pelukan itu lalu berhadapan dengan suaminya, lalu Aulia berkata " yes , I know.. I Love You Until My Last Breath too. Dan Aulia harap hanya ajal sahaja yang dapat memisahkan kita , ya abang . Abang kena ingat tu. " panjang lebar Aulia berkata.

" abang akan ingat selalu , ye sayang " balas Amal lalu menarik hidung Aulia.

" abangggg " jerit Aulia

" kenapa ? " Amal berpura-pura tak tahu. Aulia amat pantang kalau ada sesiapa memegang hidungnya bak orang pakistan tu.

" kura-kura dalam perahu , buat-buat tak tahu pulak ea " balas Aulia sambil menarik telinga suaminya.

" aduhh , sakit lah sayang..lepas lah .. okey-okey abang tak akan tarik hidung sayang lagi ya. abang janji " akhirnya Amal mengalah kalah jua.

" okey , janji ea " jawab riang Aulia.

  Setelah selesai bersiap-siap , mereka turun ke ruang makan lalu menjamah sedikit sarapan sebelum keluar pergi kerja. Setelah selesai memakai kasutnya , Amal mendekatkan dirinya dengan Aulia lalu mencium ubun-ubun isterinya lalu memesan agar menjaga diri semasa dia tiada nanti. Aulia hanya mengangguk faham.

 Hari itu Amal pulang lewat sehingga Aulia tidur sendiri didalam bilik , dengan keadaan hujan lebat serta kilat sabung menyabung.Tiba-tiba Aulia terasa bagaikan seseorang mencium dahinya apabila dia membuka mata , rupa-rupanya Amal yang menciumnya.Dengan segera ia menyuruh Amal mandi dan dia ingin membuatkan teh kesukaan Amal.

 Sedang sibuk membuat teh tiba-tiba ia terdengar ketukan pintu depan.Aulia pergi kedepan dengan befikir siapakah yang datang lewat bergini? lalu Aulia membuka pintu , terdapat dua orang pegawai polis datang kerumah nya dan menunjukkan IC dan menanyakan nama suaminya.Aulia mengatakan ya itu memang IC suaminya dan suaminya bernama Amal Rayyan Bin Dato Amiruddin.Pegawai polis itu mengatakan Amal telah kemalangan dan meninggal di tempat kejadian dan perlu tuntut mayat Amal . Aulia terkejut dengan berita itu dan memberitahu pegawai polis mengatakan suaminya baru sahaja pulang dan ada di atas , mandi. Pegawai itu terkejut lalu Aulia naik ke atas dan men cari suaminya tetapi tidak jumpa. Matanya sudah pun berkaca dan kali ini memang Aulia mempercayai kata-kata pegawai polis itu dan menyiapkan diri dan menelefon ahli keluarga yang lain agar pergi ke hospital.

Keesokan harinya 

 Selepas zohor tadi jenazah Amal selamat dikebumikan . Aulia hanya diam seribu kata , matanya pula lebam kerana kekurangan tidur dan menangis. Ibu bapa , abang-abangnya serta ibu dan bapa mentuanya juga suruh Aulia berehat tetapi Aulia berdegil.Mungkin cinta mereka kuat hingga Aulia tidak dapat melukakan arwah suaminya , Amal Rayyan Bin Dato Amiruddin.

" sabar sajalah Aulia " pujuk Datin Sharifah

" tetapi ibu , Aulia sayang Abang..sanggup abang tinggalkan Aulia " Aulia menangis di pangkuan Datin Sharifah..

" shh , kita tak boleh lawan takdir sayang , mungkin Allah lebih sayangkan Amal dan walaupun Amal sudah tiada itu tidak bermaksud kamu bukan lagi menantu kami , ingat ya " pujuk Datin Sharifah lagi.

" baik ibu " balas pendek Aulia lalu menyalami tangan ibu mentuanya.

  Dato Zulkarnain dan Datin Delia bersyukur mempunyai besan seperti Datin Sharifah dan Dato Amiruddin. Mereka baik , peramah dan berhati mulia. Rizqi juga datang melawat arwah Amal untuk kali terakhir dan Rizqi mengucap takziah atas pemergian Amal.

~~ Tamat ~~ 







No comments: